Wednesday, August 20, 2008

20 Aug 08

hari ni genap 6 bulan pengajian aku. Sepatutnya selepas 3 bulan dah kena submitt proposal, tapi sehingga saat ini aku masih terkial2 dengan proposal. Pada 8.8.08 aku dah submitt dua main item pada supervisor, tapi sampai saat ini belum ada feed back.

Hari ni pi uni seperti biasa, train upfield 9.13am dari merylnton station ke melbourne central dan selepas tu berjalan kaki dalam 5 minit untuk ke RMIT. Pi bilik Dr Saman (supervisor aku) tapi kunci, sebenarnya 10am adalah masa meeting aku dengan supervisor. Balik bilik aku, dan aku call Dr saman, dia pick up, rearrange meeting hari jumaat 1.30pm.

Boring hari ni, terus pick up train 10.45am balik rumah (29, lincoln ave, north coburg).

Sepanjang 6 bulan pertama ni, sudah banyak kali aku bertanya sendiri, apa yang aku kejarkan dengan PhD ni. Rasa perit sangat, dengan bidang yang aku tak familiar, supervisor aku pun nampaknya tak xpert, peralatan kat uni pun sangat kurang, rasa memang tak confident boleh tamat dengan jayanya.

Monday, August 18, 2008

Seorang Pelajar...

Blog ini diusahakan hanyalah sebagai medium untuk menyatakan sesuatu sepanjang masa pergelumangan aku dalam dunia pembelajaran di peringkat PhD bertempat di RMIT Melbourne Australia